( WAJIB BACA ) TERMA DAN SYARAT DALAM PEMBELIAN



TERMA DAN SYARAT

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian semasa atau setelah anda melayari laman ini.

Setelah membuat tempahan, ianya akan disimpan di dalam sistem kami selama 4 hari sahaja dari jangkamasa pembayaran dibuat. Ini bermakna, setelah anda membuat tempahan, anda mempunyai masa selama 4 hari untuk membuat bayaran sebelum tempahan anda dibatalkan.

Hanya 2 matawang sahaja digunakan dalam urusniaga di kasih-ibu.com dimana matawang dasar atau utama adalah Ringgit Malaysia dan mawatang alternatif adalah Dollar Amerika. Ini bagi memudahkan pembeli dari luar Malaysia untuk melakukan urusniaga. Walaubagaimanapun, harga mengikut US Dollar akan meningkat sedikit berbanding menggunakan Ringgit sebagai urusan belian anda.

Semua barangan yang telah dibeli, TIDAK boleh dipulangkan semula. Ini bermakna, setelah bayaran dibuat, pemulangan wang dan barangan TIDAK DIBENARKAN. Sebelum menyerahkan sesuatu barangan, pihak kami telah memeriksa dengan teliti sebarang kerosakan dan kecacatan. Segala barang yang rosak tidak akan dijual oleh pihak kami. Anda dinasihatkan membuat pilihan dengan tepat sebelum bayaran dibuat.

Namun begitu, terdapat satu faktor yang membolehkan anda membuat tukaran iaitu bagi anda yang ingin menukar saiz ( Bergantung pada stok yang ada pada kami ). Walaubagaimanapun, kos penghantaran pergi dan balik hendaklah ditanggung oleh pembeli.

Sila isikan maklumat anda dengan betul pada borang pengesahan tempahan, ini kerana, kami akan berpandukan rekod tersebut untuk proses penghantaran barangan. Apa yang penting adalah alamat e-mel anda atau no. telefon anda hendaklah diisi. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian dari kesalahan maklumat yang diberikan.

Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5.00 bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan tidak mengira berat barangan. Ini bermakna, jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak sekalipun, kos penghantaran tetap RM5.00.

Perkhidmatan Pos Laju adalah medium penghantaran kami. Ini adalah kerana setiap barangan yang dihantar akan dilindungi insurans. Ini adalah satu langkah keselamatan antara kami dan anda. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk penghantaran melalui kurier lain dan boleh dinyatakan dalam borang pengesahan pembelian nanti.

Kami hanya menerima tiga (3) bank sahaja dalam urusan jualbeli iaitu Maybank, CIMB Bank dan Bank Rakyat disamping kad kredit utama (Visa dan Mastercard). Pembayaran melalui Paypal juga diterima. Untuk cara membuat bayaran boleh rujuk kepada tutorial cara membuat pembelian dan bayaran.

Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan semasa tempoh penghantaran. Sebaik barangan dihantar, kami akan memaklumkan kepada anda 3 perkara iaitu tarikh, masa dan lampiran resit kurier.

Proses penghantaran akan memakan masa selama tiga (3) hingga lima (5) hari bergantung pada lokasi anda. Pengiraan waktu penghantaran adalah berdasarkan waktu pengesahan pembayaran yang anda lakukan kepada pihak kami. Sebagai contoh, jika bayaran dibuat hari ini, proses penghantaran akan bermula pada hari berikutnya.

Minta maaf, jika ada individu yang membuat SPAM, atau sekadar mempermainkan tempahan, IP anda akan dikesan dan anda akan di BAN! dari laman ini. Kami hanya melayan pengunjung yang benar-benar berminat sahaja.

0 comments:

Post a Comment