Tentang Kami



Maklumat Mengenai Kasih Ibu.com
Kasih ibu.com adalah sebuah laman yang menjual pakaian dan aksesori bagi bayi dan kanak-kanak terutamanya. Laman ini mula beroperasi pada 10 Oktober 2010 dan dimiliki secara individu. Perniagaan dijalankan 100% dirumah dan beroperasi di Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor. Laman ini menggunakan Joomla dan virtuemart sebagai platform bagi menjalankan operasinya.

Disamping itu juga, bagi anda yang lebih suka dan selesa kepada blogspot, anda juga boleh melayari http://butik-kasih-ibu.blogspot.com . Laman tersebut adalah milik kasih-ibu.com yang mana ianya dibangunkan sebagai pelengkap kepada mereka yang lebih gemarkan bentuk blog yang ringkas.

Walaubagaimanapun, kami lebih galakkan anda supaya berurusan terus di laman utama kasih ibu. Ini kerana, segala proses direkodkan dimana pihak kami dan anda akan menerima hitam putih pembelian berupa resit yang akan dikeluarkan oleh pihak kami setelah anda selesai membuat pengesahan pembelian.

Disamping itu juga, maklumat dan pakaian terkini yang dibawa masuk ke kasih-ibu.com boleh juga diperolehi dari laman Facebook kami yang mana ianya akan diupdate setiap kali terdapat tambahan pakaian dan aksesori di laman kasih-ibu.com. Laman Facebook kami oleh dilayari dengan menaip kasih ibu pada ruangan carian di Facebook. Pastikan anda klik butang "suka" bagi membolehkan maklumat terkini dihantar terus ke Facebook anda.

Lebih 98% pakaian adalah 100% cotton dan pakaian tersebut di ambil terus dari China dan Jepun. Jangan risau, kerana pihak kami hanya mengambil atau memilih cuma kain kelas 1 sahaja. Ini bermaksud, pakaian yang dijual di kasih-ibu adalah selesa dan berkualiti tinggi.

Kami akan sedaya upaya meringkaskan proses pembelian ini demi memudahkan anda, walaubagaimanapun, tahap keselamatan tetap menjadi aspek utama kami.

Untuk maklumat lamjut atau sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada bahagian "Hubungi Kami"

Sekian, Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment