Tutorial Belian Dan Pembayaran

Salam... mungkin anda mengalami masalah untuk membuat pembelian disini, tidak mengapa. Kami akan menerangkan satu-persatu dalam tutorial dibawah. Sebelum itu, cadangan kami agar anda membuat pembelian menerusi http://www.kasih-ibu.com kerana di laman rasmi tersebut telah dilengkapi sistem yang memudahkan anda. Pembelian anda akan diproses dengan profesional dimana anda akan menerima resit pembelian yang dijana oleh sistem kami terus ke e-mel anda.

Walaubagaimanapun, pembelian masih boleh dilakukan disini dan berikut adalah langkah-langkahnya.



1) Kenal pasti produk anda
Terlebih dahulu anda harus mengenalpasti produk pilihan anda, setelah anda yakin, (Sila semak status untuk mengetahui samada masih terdapat stok atau tidak). Pastikan anda mengingati kod produk tersebut kerana khuatir anda akan menerima produk yang salah nanti.



2 ) Setelah itu, Anda harus membuat bayaran. 

PENTING! Sebelum membuat bayaran, anda harus pastikan bahawa anda telah menambah jumlah harga produk bersama kos pengangkutan sepertimana contoh dibawah :

Katakan harga barangan yang anda beli adalah RM29.00 anda perlu menambah RM5.00. Kadar kos pengangkutan adalah RM5.00 seluruh Malaysia. Contoh adalah seperti dibawah:

Harga produk = RM29.00 + RM5.00 = RM34.00

Jadi, jumlah bayaran penuh atas produk tersebut adalah RM34.00

Bayaran boleh dibuat melalui 4 cara iaitu :

Maybank ( Transfer, Cash Deposit )
CIMB ( Transfer, Cash Deposit )
Bank Rakyat ( Transfer, Cash Deposit)
Paypal (Transfer)

Nombor akaun bagi bank diatas adalah :

Maybank :  1520 686 720 54  -          (Noor Azman Abdul Wahid)
CIMB Bank : 0140-0001767-52-8    (Noor Azman Abdul Wahid)
Bank Rakyat : 22-085-111786-2       (Noor Azman Abdul Wahid)
Paypal : a2emay@yahoo.com


3) Isikan Borang Pengesahan Pembayaran atau SMS Pengesahan Bayaran Anda

Kemudian, setelah membuat bayaran, anda perlu mengisi borang pengesahan pembayaran. ( Borang boleh diakses pada "menu bar") dan isikan maklumat-maklumat berkaitan seperti contoh dibawah:



Atau, jika anda tidak mahu menggunakan borang tersebut, anda boleh menghantar SMS kepada kami sebaik sahaja anda membuat bayaran.. Kandungan SMS yang diperlukan adalah seperti dibawah :

Hantarkannya kepada : 013-7258963

Setelah menerima pengesahan pembayaran yang telah anda lakukan, kami akan membalas pesanan anda (jika pesanan melalui e-mel akan dibalas menggunakan e-mel, jika SMS akan dibalas menggunakan SMS).

Apabila pengesahan pembayaran diterima pihak kami, kam akan mula menghantar produk anda keesokan hari dan proses penghantaran akan mengambil masa 3-5 hari bergantung kepada kawasan anda. Kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU sebagai kurier kami.

Anda juga akan dimaklumkan semasa produk anda dikirimkan ke perkhidmatan kurier. Kami akan sertakan juga resit pembelian bersama produk anda.

Itu sahaja yang perlu dilakukan

*Produk yang telah dijual tidak boleh dikembalikan semula.

0 comments:

Post a Comment