Seluar Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan Ala Denim

Kod : 600013



Maklumat Produk
- Seluar ala-ala denim berwarna biru
- 2 poket dibahagian hadapan
- 2 poket di bahagian belakang
- Zip dan butang
- Sesuai untuk kanak-kanak 2 hingga 3 tahun

Harga : RM 49.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Seluar Panjang Kanak-kanak Lelaki ( Bergetah )

Kod : 600012



Maklumat Produk
- Seluar panjang berwarna hijau
- Getah ala-ala boxer pada bahagian pinggang
- 2 poket pada bahagian hadapan
- Terdapat tulisan pada bahagian belakang (lihat gambar dibawah)
- Sesuai untuk kanak-kanak 2 hingga 3 tahun

Harga : RM39.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Skirt Kanak-kanak Perempuan Ala Denim

Kod : 600011



Maklumat Produk
- Skirt denim
- 2 poket di bahagian belakang bercorak bunga sulam
- 2 poket dibahagian hadapan
- Tiada zip atau butang (getah)
- Corak bunga sulam di bahagian hadapan (bawah)
- Rekaan lusuh pada bahagian hadapan paha

Harga : RM49.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Seluar Biru Lembut Untuk Lelaki & Perempuan

Kod : 600010



Maklumat Produk
- Seluar berwarna biru lembut
- 2 poket di bahagian hadapan
- 2 poket di bahagian belakang
- Tiada zip atau butang untuk kemasan pinggang
- Corak kartun kecil di bahagian kiri paha
- Sesuai untuk kanak-kanak 3-4 tahun

Harga : RM33.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

T-shirt Biru Muda Bercorak Kartun

Kod : 400013



Maklumat Produk 
- Baju berwarna biru lembut
- Bahagian leher berwarna biru pekat
- Terdapat butang pada bahu
- logo kecil bertulis "let's eat!" pada dada kiri
- 100% cotton
- Sulaman kartun pada bahagian kiri bawah baju
- Sesuai untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun

Harga : RM29.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Kemeja Dengan Corak Petak

Kod : 400012



Maklumat Produk
- Kemeja bercorak kotak
- 100% cotton
- 2 poket di bahagian hadapan
- Rekaan "dinosour" bersulam pada bahagian kanan bawah kemeja
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun
- Bahagian terdapat tulisan dan gambar ( rujuk gambar dibawah)

Harga : RM45.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Jaket Denim Untuk Simanja

Kod : 400011



Maklumat Produk
- Jaket denim dengan penutup kepala
- 2 poket di bahagian hadapan
- Logo kecil di bahagian kiri dada
- Sesuai untuk kanak-kanak 1hingga 2 tahun

Harga : RM35.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Baju Cotton Lengan Panjang

Kod : 400010



Maklumat Produk
- Baju berwarna hitam dengan jalur hijau dan putih
- Kain boleh regang
- Butang pada kolar di hadapan
- 100% cotton
- Lengan panjang
- Sesuai untuk 5 tahun ke atas

Harga : RM57.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Baju Coklat Lengan Panjang Bersulam

Kod : 200024



Maklumat Produk 
- Baju lengan panjang berwarna coklat
- Corak bunga bersulam melintang di hadapan baju
- Sedikit corak bunga bersulam di bahagian atas lengan
- Kain boleh regang
- 100% cotton
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun

Harga : RM39.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Baju Kuning Muda ( Lengan Panjang )

Kod : 200023




Maklumat Produk 
- Baju berwarna kuning lembut
- Sulam di bahagian leher
- Butang Dibelakang
- Corak bunga di bahagian kiri bawah
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun

Harga : RM35.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Gaun Kuning Bersulam

Kod : 200022




Maklumat Produk 
- Gaun berwarna kuning lembut
- Border berwarna merah jambu
- 9 corak reben bersulam dan berwarna merah jambu pada bahagian bawah gaun
- Saiz 12 ( Sesuai untuk kanak-kanak 7-9 tahun
- Zip di belakang
- Tali pelaras di bahagian pinggang belakang gaun
- 2 kuntum bunga daripada reben dihiasi pada sebelah kiri pinggang
- Sedikit labuci pada bahagian "tali pinggang"

Harga : RM65.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Gaun Putih Ala Skirt

Kod : 200021



Maklumat Produk
- Gaun berwarna putih dengan rekaan ala skirt (corak petak)
- Logo "B" pada bahagian kiri atas
- Butang di hadapan
- Sesuai untuk umur 2-3 tahun

Harga : RM39.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Gaun Coklat Muda

Kod : 200019



Maklumat Produk
- Gaun berwarna coklat muda
- Dihiasi dengan corak bunga berenda
- Zip dibelakang
- Poket kecil dihadapan
- Tali boleh laras di bahagian belakang
- 100% cotton
- Sesuai untuk umur 3-4 tahun (Saiz 4)

Harga : RM39.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Gaun Putih Ala Cardigan

Kod : 200018

 

Keterangan Produk
- Gaun berwarna putih ala biru nila
- Design ala cardigan
- Corak sulam di lengan, dada dan bawah gaun
- Sesuai untuk umur 3-5 tahun (saiz 14)
- Butang di belakang baju
- Tali pelarasan di belakang baju

Harga : RM49.00 ( tidak termasuk kos penghantaran)
Status : Ada

Gaun Kanak-kanak (Putih)

Kod : 200014



Keterangan Produk :
- Gaun warna putih
- Terdapat corak buah strawberi pada dada sebelah kiri atas
- Zip dibelakang
- Umur 2 hingga 3 tahun
- 100% cotton
- Tali pelaras pada bahagian belakang baju

Harga : RM 39.00 ( tidak termasuk kos penghantaran )
Status : Ada

Gaun Merah Jambu Bercorak Petak

Kod : 200013






Keterangan Produk


- Gaun berwarna merah jambu
- Corak berpetak (warna putih susu, merah dan hijau)
- Zip dibelakang
- Tali Pelarasan di belakang
- Corak bunga yang dikait di bahagian bawah gaun
- Saiz pelbagai

Harga : RM 39.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Status : Ada

Gaun Merah Jambu Bersulam

Kod : 200012


Keterangan Produk
- Gaun berwarna merah jambu
- Terdapat sulaman bercorak bunga dan kumbang di bahagian kiri dan kanan bawah gaun
- Terdapat sulaman corak bunga di bahagian kolar
- Terdapat tali pelarasan di bahagian pinggang
- Sesuai untuk 1-2 tahun (Saiz boleh runding)

Harga : RM 45.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)
Status : Masih Ada

Gaun Putih Bercorak Bunga

Kod : 200011


KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH BESAR

Keterangan Produk

- Gaun berwarna putih
- Corak bunga-bunga kecil berwarna merah jambu dan biru muda
- Terdapat corak bunga bersulam di kolar dan bahagian bawah gaun
- Terdapat tali pelarasan di pinggang
- Cadangan umur adalah 1- 2 tahun

Harga : RM 45.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Status : Masih Ada


Tutorial Belian Dan Pembayaran

Salam... mungkin anda mengalami masalah untuk membuat pembelian disini, tidak mengapa. Kami akan menerangkan satu-persatu dalam tutorial dibawah. Sebelum itu, cadangan kami agar anda membuat pembelian menerusi http://www.kasih-ibu.com kerana di laman rasmi tersebut telah dilengkapi sistem yang memudahkan anda. Pembelian anda akan diproses dengan profesional dimana anda akan menerima resit pembelian yang dijana oleh sistem kami terus ke e-mel anda.

Walaubagaimanapun, pembelian masih boleh dilakukan disini dan berikut adalah langkah-langkahnya.

Borang Pengesahan Pembayaran


Borang Pengesahan Pembayaran




Nama:




Alamat e-mel:




Nombor Telefon




Kod Produk




Alamat




Bayaran Menggunakan




Tarikh dan masa




Jumlah




Pertanyaan / Maklumat Tambahan









This contact form was created by Freedback.

Tentang Kami



Maklumat Mengenai Kasih Ibu.com
Kasih ibu.com adalah sebuah laman yang menjual pakaian dan aksesori bagi bayi dan kanak-kanak terutamanya. Laman ini mula beroperasi pada 10 Oktober 2010 dan dimiliki secara individu. Perniagaan dijalankan 100% dirumah dan beroperasi di Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor. Laman ini menggunakan Joomla dan virtuemart sebagai platform bagi menjalankan operasinya.

Disamping itu juga, bagi anda yang lebih suka dan selesa kepada blogspot, anda juga boleh melayari http://butik-kasih-ibu.blogspot.com . Laman tersebut adalah milik kasih-ibu.com yang mana ianya dibangunkan sebagai pelengkap kepada mereka yang lebih gemarkan bentuk blog yang ringkas.

Walaubagaimanapun, kami lebih galakkan anda supaya berurusan terus di laman utama kasih ibu. Ini kerana, segala proses direkodkan dimana pihak kami dan anda akan menerima hitam putih pembelian berupa resit yang akan dikeluarkan oleh pihak kami setelah anda selesai membuat pengesahan pembelian.

Disamping itu juga, maklumat dan pakaian terkini yang dibawa masuk ke kasih-ibu.com boleh juga diperolehi dari laman Facebook kami yang mana ianya akan diupdate setiap kali terdapat tambahan pakaian dan aksesori di laman kasih-ibu.com. Laman Facebook kami oleh dilayari dengan menaip kasih ibu pada ruangan carian di Facebook. Pastikan anda klik butang "suka" bagi membolehkan maklumat terkini dihantar terus ke Facebook anda.

Lebih 98% pakaian adalah 100% cotton dan pakaian tersebut di ambil terus dari China dan Jepun. Jangan risau, kerana pihak kami hanya mengambil atau memilih cuma kain kelas 1 sahaja. Ini bermaksud, pakaian yang dijual di kasih-ibu adalah selesa dan berkualiti tinggi.

Kami akan sedaya upaya meringkaskan proses pembelian ini demi memudahkan anda, walaubagaimanapun, tahap keselamatan tetap menjadi aspek utama kami.

Untuk maklumat lamjut atau sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada bahagian "Hubungi Kami"

Sekian, Terima Kasih

( WAJIB BACA ) TERMA DAN SYARAT DALAM PEMBELIAN



TERMA DAN SYARAT

Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian semasa atau setelah anda melayari laman ini.

Setelah membuat tempahan, ianya akan disimpan di dalam sistem kami selama 4 hari sahaja dari jangkamasa pembayaran dibuat. Ini bermakna, setelah anda membuat tempahan, anda mempunyai masa selama 4 hari untuk membuat bayaran sebelum tempahan anda dibatalkan.

Hanya 2 matawang sahaja digunakan dalam urusniaga di kasih-ibu.com dimana matawang dasar atau utama adalah Ringgit Malaysia dan mawatang alternatif adalah Dollar Amerika. Ini bagi memudahkan pembeli dari luar Malaysia untuk melakukan urusniaga. Walaubagaimanapun, harga mengikut US Dollar akan meningkat sedikit berbanding menggunakan Ringgit sebagai urusan belian anda.

Semua barangan yang telah dibeli, TIDAK boleh dipulangkan semula. Ini bermakna, setelah bayaran dibuat, pemulangan wang dan barangan TIDAK DIBENARKAN. Sebelum menyerahkan sesuatu barangan, pihak kami telah memeriksa dengan teliti sebarang kerosakan dan kecacatan. Segala barang yang rosak tidak akan dijual oleh pihak kami. Anda dinasihatkan membuat pilihan dengan tepat sebelum bayaran dibuat.

Namun begitu, terdapat satu faktor yang membolehkan anda membuat tukaran iaitu bagi anda yang ingin menukar saiz ( Bergantung pada stok yang ada pada kami ). Walaubagaimanapun, kos penghantaran pergi dan balik hendaklah ditanggung oleh pembeli.

Sila isikan maklumat anda dengan betul pada borang pengesahan tempahan, ini kerana, kami akan berpandukan rekod tersebut untuk proses penghantaran barangan. Apa yang penting adalah alamat e-mel anda atau no. telefon anda hendaklah diisi. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian dari kesalahan maklumat yang diberikan.

Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5.00 bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan tidak mengira berat barangan. Ini bermakna, jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak sekalipun, kos penghantaran tetap RM5.00.

Perkhidmatan Pos Laju adalah medium penghantaran kami. Ini adalah kerana setiap barangan yang dihantar akan dilindungi insurans. Ini adalah satu langkah keselamatan antara kami dan anda. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk penghantaran melalui kurier lain dan boleh dinyatakan dalam borang pengesahan pembelian nanti.

Kami hanya menerima tiga (3) bank sahaja dalam urusan jualbeli iaitu Maybank, CIMB Bank dan Bank Rakyat disamping kad kredit utama (Visa dan Mastercard). Pembayaran melalui Paypal juga diterima. Untuk cara membuat bayaran boleh rujuk kepada tutorial cara membuat pembelian dan bayaran.

Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan semasa tempoh penghantaran. Sebaik barangan dihantar, kami akan memaklumkan kepada anda 3 perkara iaitu tarikh, masa dan lampiran resit kurier.

Proses penghantaran akan memakan masa selama tiga (3) hingga lima (5) hari bergantung pada lokasi anda. Pengiraan waktu penghantaran adalah berdasarkan waktu pengesahan pembayaran yang anda lakukan kepada pihak kami. Sebagai contoh, jika bayaran dibuat hari ini, proses penghantaran akan bermula pada hari berikutnya.

Minta maaf, jika ada individu yang membuat SPAM, atau sekadar mempermainkan tempahan, IP anda akan dikesan dan anda akan di BAN! dari laman ini. Kami hanya melayan pengunjung yang benar-benar berminat sahaja.